banner

welcome.....

kami menjual & menerima tempahan (baju kurung moden, kebaya,baju riau, jubah&kemeja lelaki. enterior, wall panel ,&cenderahati (skaf, bandana, dan beg.ianya cantik dan bersesuaian dengan anda semua.
kami juga menjual aksesori wanita
jangan lepaskan peluang untuk tempahan
batik & beads& tampalan diamond

menu

1 MALAYSIA BATIK




Kraftangan Perkenalkan Batik 1Malaysia

PUTRAJAYA, 20 Nov (Bernama) -- Kraftangan Malaysia buat pertama kalinya memperkenalkan rekaan batik 1Malaysia yang bakal dijadikan pakaian acara rasmi dan untuk kempen serta majlis 1Malaysia.

Empat corak batik yang terdiri daripada masing-masing satu kemeja serta dua baju kurung dan dua kebaya dipertonton kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sebelum beliau mempengerusikan mesyuarat Kabinet di pejabatnya di sini Jumaat.

Turut hadir Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, Menteri Penerangan, Komunikasi, Kesenian dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim serta menteri Kabinet yang lain.

Perdana Menteri akan memilih satu daripada corak itu untuk dijadikan pakaian untuk acara rasmi.

Pereka pakaian itu Encik Nazarii Maarus berkata rekaan pakaian itu adalah cetusan idea Rais dan beliau mengambil masa sebulan untuk menghasilkannya.

"Rekaan itu dihasilkan dengan menggabungkan kaum-kaum yang ada di negara ini iaitu Melayu, Cina, India dan etnik di Sabah dan Sarawak," katanya.

Ecik Nazari yang terlibat dalam bidang rekaan sejak 26 tahun lepas, berkata gabungan kesemua kaum itu diperlihatkan menerusi motif songket, paisley, bulu merak, pua kumba, bunga pioni dan bunga kapas.

Lima elemen warna digunakan iaitu merah, biru, hitam, kuning dan putih, katanya.

-- BERNAMA

Order form

Name
First Last
Email*
Address
Street Address
Address Line 2
City State / Province / Region
Postal / Zip Code Country
Kod/tag produk/Message*
Mobile Number
Payment
Maybank
Bank Islam
Date
Website
Image Verification
captcha
Please enter the text from the image: [Refresh Image][What's This?]

ORDER